salam

Tuesday, 9 August 2011

andai aku TULANG RUSUKMU yang telah hilang

Andai aku tulang rusukmu yang telah hilang
aku berharap
jika nanti Allah mempertemukan kita
kau akan selalu membimbingku
agar menjadi wanita yang solehah
yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan di akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anak-anakku
jadilah ayah yang boleh mendidik anak-anak kita
agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan di akhirat
iaitu anak yang soleh mahupun yang solehah
yang dapat menjunjung tinggi agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
ku berharap kau boleh menjadi imam buatku dan anak-anak
kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
kau boleh mencintaiku apa adanya
serta boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
andai aku marah
belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
andai aku lupa
ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~ASHRAF ISLAM~
Kerana...
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu...



No comments:

Post a Comment