salam

Monday 27 June 2011

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار

Perginya Putera Hatiku.....

Suasana di dalam rumah kayu jati dua tingkat itu sungguh riuh-rendah. Sanak sanak saudara yang dekat mahupun jauh turut sama datang untuk membantu Syifaa menyempurnakan persiapan majlis perkahwinannya.

            Walaupun lebih kurang tiga bulan lagi detik bersejarah itu akan berlangsung, mama dan papanya begitu beria-ia untuk melaksanakan persiapan sesempurna mungkin buat anak bongsu mereka. Namun, wajah Nur Syifaa Adriana tidak seceria bakal pengantin yang lain. Dia tampak pucat dan langsung tidak bersemangat. Bukannya tidak bersyukur, tetapi.......hhmmm...
            Arifah merenung wajah adik perempuan bongsu kesayangannya. Lantas dia memaut lembut tangan Syifaa dan memimpin adiknya ke biliknya. Menyepikan diri seketika daripada keriuhan suasana. Masuk ke bilik,Syifaa terus duduk ke sofa. Dia menanti perkataan yang bakal terucap dari bibir kakaknya.
            “Syifaa?” tegur Arifah bila melihat adiknya kembali mengelamun.
            “Kak, tolong Syifaa. Syifaa tak nak kahwin kak. Syifaa rindukan Hafiz.”
            Arifah terkejut bukan kepalang.
            “Hafiz? Siapa tu? Akak tak pernah dengar pun nama dia?” soal Arifah kebingungan. Dia betul-betul pelik. Sangkanya adiknya ini akan melangsungkan perkahwinan bersama jejaka yang dicintainya.
            “Hafiz is one that I love so much. Dia cinta pertama Syifaa. He’s a part of my soul, kak. Tapi, mama dan papa tak merestui cinta kami. Mama dan papa halau Hafiz masa Syifaa nak perkenalkan pada mereka. Syifaa terkilan.
            Arifah mengurut dada. Sepanjang menghabiskan pengajian di luar negara, dia langsung tidak diberitahu mengenai hubungan cinta yang dijalinkan oleh Syifaa bersama Hafiz. Yang dia tahu, mama dan papa begitu berkenan dengan seorang pemuda bernama Ariff. Dan, mereka menyatakan perkahwinan yang bakal berlangsung ini juga adalah atas dasar cinta.
            “So, that’s mean you don’t ever know bout Ariff before this?”
            Syifaa mengangguk laju. Air matanya hampir menitis.
            “Syifaa hanya tahu pasal Hafiz sorang je kak. Hafiz Farshah bin Uthman. Tapi sekarang, Syifaa tak dapat jumpa Hafiz lagi.” Syifaa mula teresak-esak.
            Arifah mendakap adiknya. Dia memahami apa yang dirasakan oleh Syifaa kini.

HAFIZ memandang sepi telefon bimbitnya. Tiada kedengaran bunyi ceria seperti selalu. Dia tahu, hanya tinggal berapa purnama sahaja lagi Syifaa bakal menjadi seorang isteri. Isteri kepada seorang lelaki yang langsung tidak dikenali mahupun dicintai oleh gadis itu.
            Begitu payah untuk Hafiz merelakan pemergian gadis itu ke pangkuan lelaki lain. Amat sukar bagi dia menghadapi perpisahan ini. Bertahun menyulam cinta, membina tembok percaya tetapi kini segalanya musnah sekelip mata. Tiada sepicing pun keindahan cinta dalam dakapan jiwanya. Yang tinggal hanyalah debu-debu mimpi yang berderaian. Dalam menungan, tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya menyanyi. Hafiz terpana.
            Syifaa menelefon! Harus diangkat ataupun tidak? Dia mengeluh sendiri.
            Kali pertama dia membiarkan panggilan dari gadis tersebut berlalu sepi. Sangkanya, Syifaa akan berhenti memanggil namun ternyata dia silap jangkaan. Gadis itu terus juga menelefonnya berulang kali.
“Helo Hafiz.” Suara serak gadis itu memilukan hatinya. Hafiz cuba sedaya-upaya mengawal intonasi.
“Ya, Syifaa.”
Sepi di hujung talian. Hafiz menahan sebak di dada. Syifaa terlebih dulu menitiskan air mata. Murah benar manic jernih itu menyapa pipinya. Amat payah hendak ditafsirkan rasa hati kala ini. Pilu teramat sangat apabila suara Hafiz menyentuh pendengarannya setelah hamper dua bulan mereka tidak bertemu.
“Kenapa lambat sangat angkat? Lama saya tunggu awak.” Esakan pecah jua. Tak terdaya lagi empangan air mata. Syifaa terduduk di lantai.
Hafiz mengetap bibir. Masih melawan air mata dari menyentuh pipinya.
“Dalam bilik air tadi. Tak dengar bunyi handphone. Ada apa awak called saya malam-malam macam ni?”
Nadanya berubah tegas. Hafiz tak mahu mengoyahkan pendirian pada gadis yang amat dicintainya. Dia amat mengerti betapa tingginya nilai cinta ibu bapa kepada anak-anak. Meski segunung permata dilonggokkan tetap takkan dapat menyamai kasih ibu bapa.
Syifaa sungguh bertuah. Sebab itulah dia akur saja terhadap penentangan mama dan papa Syifaa terhadap cinta mereka. Dia tidak mahu menguris hati orang tua, juga takkan sekali-kali mengajar Syifaa mengingkari kehendak ibu bapa. Perkahwinan sungguh mulia dan Syifaa melakukan atas kehendak ibu bapanya. Hafiz redha meskipun dirinya bukan pilihan.
“Hafiz, saya terlalu rindukan awk. Saya sedih sangat. Saya teringin nak jumpa awak. Kalau boleh sekarang jugak.”
Hafiz tersentak mendengar permintaan Syifaa. Hatinya sudah nekad. Dia takkan sekali-kali menuruti permintaan Syifaa.
“Awak jangan buat lawak boleh? Cik Syifaa Adriana, awak boleh berfikir seperti orang dewasa yang matang, kan? Jadi, awak kenanglah pengorbanan ibu bapa awak yang membesarkan awak. Keperitan ibu awak melahirkan awak. Takkan semata-mata sebab orang yang macam saya ni awak nak buang mereka? Tak adil Syifaa. Mereka  dah membesarkan awak, sudah tentu mereka mengharapkan segala yang terbaik untuk awak. Awak tak terfikir ke? Mana tahu kalau saya kahwin dengan hanya semata-mata nakkan harta keluarga awak? Awak boleh jamin ke saya ni terlalu baik untuk awak? Awak tak terfikir ke saya akan tinggalkan awak selepas kahwin?” tukas Hafiz sesungguh hati.
Hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya bila terpaksa bicara sedemikian. Dan dia amat pasti, Syifaa amat terluka.
“Cukup Hafiz! Awak nak suruh saya sangsi pada awak setelah segala kebaikan awak tunjukkan pada saya? Awak nak saya ragu terhadap cinta awak sedangkan awak bermati-matian mempertahankan perasaan tersebut sepanjang kita bersama? Awak tak pandai berlakon, Hafiz.” Suara manja Syifaa tenggelam dalam esak tangisnya.
Hafiz tidak dapat menahan air matanya. Sesungguhnya dia memang bukan pelakon yang terbaik.
“Maafkan saya Syifaa. Saya tengah keraskan hati saya sekarang ni. Saya tak nak awak hampakan harapan ibu bapa awak. Tak elok awak musnahkan kepercayaan mereka terhadap awak. Mereka terlalu berjasa terhadap awak kalau nak dibandingkan dengan saya. Merekalah yang membawa awak mengenali dunia. Apa yang ada pada saya, Syifaa? Saya tiada harta,tidak kenal siapa ibu bapa saya. Saya Cuma ada pelajaran untuk membela hidup saya dan mengubah masa depan saya. Tak berbaloi awak pertaruhkan seumur hidup awak untuk saya.
Hafiz terus mematikan telefon. Syifaa terkedu. Tetapi Nur Syifaa Adriana tetap percaya bahawa Hafiz Farshah ditakdirkan untuknya.
Hafiz menanggalkan bateri dan mencabut simcardnya. Dia mahu tenteramkan hatinya yang tidak keruan. Menenangkan mindanya yang celaru.
Nur Syifaa Adriana..
Hafiz tak tahu bilakah nama itu akan terpadam dari memenuhi hamparan kalbunya? Wajah manis sedap dipandang, dengan ketinggian yang sederhana dan anggun dengan tudung di kepala.

Hafiz berpusing ke kiri dan kanan menukar posisi tidurnya. Dia susah hendak meleapkan matanya. Kepalanya terasa sakit sementelah badannya berpeluh-peluh. Kawan sebiliknya, Dzil terbangun bila menyedari katil bergegar. Dalam mamai, dia memetik suis lampu. Dzil melompat turun dari katil tingkat atas. Dia menggerakkan badan Hafiz yang masih berguling ke kiri dan kanan.
            “Hafiz, kenapa ni?”
            Pertanyaan Dzil dijawab dengan kerutan wajahnya. Kulit kuning langsatnya tampak pucat.
            “Tunggu kejap. Aku ambik panadol.”
            Seketika kemudian, Dzil menuju ke dapur dan mengambil dua biji panadol bersama segelas air masak. Dia merangkul bahu Hafiz dan memberikan ubat kepada sahabatnya.
            “Terima kasih Dzil. Kepala aku sakit sangat. Macam nak demam pun ada.”
            Dzil mengangguk faham. Dia bimbang dengan tahap kesihatan Hafiz yang kurang berselera sejak putus cinta. Dia mengerti betapa payah luka parah di hati Hafiz akan sembuh. Hanya masa menjadi penentu.
            “Kau rehat elok-elok. Kalau tak larat esok ambillah mc,” cadang Dzil.
            Hafiz mengangguk lemah.
            “Sikit je ni, lagipun dah final year. Aku tak nak tertinggal subjek,” balasnya sebelum memejamkan mata.
            Hafiz mengambil keputusan untuk mengahadiri kuliah juga meskipun badannya terasa hangat. Dia terpaksa memakai baju panas memandangkan kulitnya begitu sensitif. Bila bayu menyentuh lembut kulitnya, dia terasa begitu dingin.
            Kepalanya masih berasa berat. Namun dia gagahkan juga demi menuntut ilmu. Sehinggalah tiba gilirannya untuk mengambil markah kuiz, Hafiz erasakan badannya ringan semacam. Pandangannya berpinar. Jejaka tinggi lampai ini cuba berpaut pada kerusi namun gagal. Hafiz hilang pertimbangan lalu pitam.
            Dalam keadaan separuh sedar, Hafiz dapat merasakan seakan suatu objek halus runcing ditusuk ke dalam kulitnya. Dia ingin menepis namun tangannya lemat untuk diangkat.
            “Itulah kau degil sangat. Aku suruh berehat kau tak nak. Demam tu dah melarat. Nasib baik tumbang depan kita orang, kalau kat tengah jalan macam mana?” bebel Dzil tanpa dapat ditahan lagi.
            Hafiz cuma tersenyum lemah.
            “Kau jangan bimbanglah, Dzil. Aku demam sekejap je. Nanti baiklah. Doctor pun dah bagi kebenaran untuk aku keluar wad.” Hafiz tertunduk. Tiba-tiba dia terbayangkan betapa bimbangnya Syifaa setiap kali dirinya jatuh sakit. Raut wajah gadis itu cukup untuk menenangkannya.
            “Hanya Tuhan yang tahu betapa aku rindukan dia,” ujar Hafiz dalam hati.

Hafiz tak puas-puas menatap bingkai gambar bermotifkan lambang hati itu. Tersisip elok potret mereka berdua. Wajah manja Syifaa di samping dirinya yang sedang tergelak ketawa membuatkan kerinduannya terhadap gadis itu semakin kuat mencengkam.
            Betapa indahnya detik tersebut untuk dilupakan. Hafiz pasti, selagi nyawanya dikandung badan selagi itulah kasihnya tak pernah surut. Ibarat lautan yang tak pernah kering. Hafiz menghela nafas sedalamnya. Dia termangu seketika.
            Entah wajar atau tidak tindakannya kali ini? Namun dia nekad, biarlah. Malam yang gelita dengan langit yang kosong tanpa sebutir bintang ini bakal menjadi saksi segalanya.
            Dia menanti dengan penuh sabar. Hafiz tak putus-putus berdoa agar taliannya disambut.
            “Helo, assalamualaikum,” Hafiz member salam sesopan mungkin.
            “Waalaikumussalam, Hafiz. Ya Allah! Hanya Tuhan saja yang tahu betapa saya rindukan awak. Rindu sangat. Awak sihat? Awak dah makan?”
            Syifaa menuturkan soalan bertalu-talu. Andai dapat ditatapi wajah Hafiz, pasti dia dapat melihat garis-garis duka pada seraut wajah tenang itu. Pipi jejaka itu mungkin berubah cengkung. Sungguh! Dia terlalu rindu untuk menatap senyuman Hafiz, apa lagi mendengar gelak ketawa insan yang dikasihi itu.
            “Syifaa, saya belum makan. Sekejap lagi saya makan. Saya minta maaf kalau selama ini saya banyak sakitkan hati awak. Saya terlalu sayangkan awak. Saya harap persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. Bila awak dah kahwin nanti, awak dah ada tanggungjawab. Awak tak boleh fikirkan pasal saya lagi ye, jangan terlalu mengingati saya, pentingkan suami awak dalam setiap perkara yang awak lakukan. Sebagai isteri solehah, jadikan suami awak sebagai keutamaan.”
            Syifaa teresak-esak di hujung talian. Hafiz turut tersedu-sedu. Air matanya mengalir laju.
            “Saya tak boleh lupakan awak. Saya mesti teringat fasal awak. Awak terlalu indah buat saya untuk dilupakan. Awak tahu kasih saying saya tiada dua atau tiga. Hanya awak di hati saya.”
“Sudahlah sayang, izinkan saya pergi. Terimalah hakikat, kasih ini bukan milik kita. Cinta Syifaa tak tertulis untuk Hafiz.”
            Buat sekian kalinya Hafiz mematikan talian. Dia terjelopok di sisi katil tanpa dapat menaha air mata membasahi pipi. Tinggal dua bulan lagi, Syifaa bakal melangsungkan perkahwinannya. Meskipun tempoh itu kedengaran singkat, Hafiz sendiri tidak tahu setakat mana ketabahannya untu terus bertahan menongkah ombak gundah ini. Dia perlu meninggalkan Syifaa sebelum Syifaa mengubah pendirian. Dia tidak mahu Syifaa berbelah bagi untuk menjadi isteri kepada Arif.

Bagai nak terbuntang biji mata Syifaa memandang nombor yang terpapar di skrin telefon. Dia menyelitkan telefonnya ke bawah sofa, namun tetap tak henti-henti bunyinya. Memekakkan telinga je.
            “Helo! Awak nak apa ha?” soal Syifaa dengan kasar. Lelaki ini memamg sengaja mematikan moodnya.
            “Cik adik oi, yang awak garang sangat ni kenapa? Awak kan tunang saya. Ada ke perempuan layan tunang macam ni?” ujar Arif lembut. Cuba berdiplomasi.
            “Masa bila pula saya disahkan jadi tunang awak ni? Dalam mimpi puntak pernah tau,” balas Syifaa bersahaja.
            “Apa-apa jelah, Syifaa. Esok saya nak jumpa awak. Pukul 10.00 pagi. Mesti dating, tunggu saya depan pagar rumah awak.” Arif bersuara tegas. Sengaja memancing reaksi Syifaa.
            “Awak tak reti bahasa ke? Saya tak kuasa nak jumpa awaklah!” bentak Syifaa. Dia mematikan talian.
Sejak kebelakangan ini anginnya ternyata kurang baik. Lantakla sudah berapa kali Arif ingin menemuinya. Dia menolak mentah-mentah.
            Arif termangu memandang telefonnya. Kenapalah bakal isterinya ini sering naik angin? Apa agaknya kesilapan yang telah dia lakukan? Dia mengeleng seketika kemudian tergelak kecil. Mak cik dan pak cik tentu akan member sokongan kepadanya.

Hafiz mencapai sekeping kertas kumal dan sebatang pen hitam. Malam ini dia mesti meluahkan segalanya, derita yang terpendam di lubuk hati. Hanya tinggal seminggu! Ya, seminggu... Syifaa akan menjadi milik Arif dan Hafiz perlu bersedia menghadapi segalanya. Dan coretan duka ini hanyalah untuk dirinya sahaja.
Untuk dikirimkan kepada insan di sana, dia tiada kekuatan.
            Buat insan yang paling kucintai,
            Apa khabar Syifaa? Hafiz di sini macam biasa. Hari-hari Hafiz dah tak berseri lagi sepertimana sewaktu kita bersama-sama, asyik menyulamcinta. Syifaa mesti berdebar, kan? Menghitung hari bergelar ratu sehari. Tapi sayang, bukan Hafiz yang bakal mengenggam tangan tok kadi, meyakinkan wali bahawa Hafiz pilihan terbaik buat Syifaa. Hafiz tak mungkin dapat tersenyum tatkala mengenangkan hari bahagia Syifaa hampir tiba.
            Setiap waktu yang berlalu, bagai menghambat Hafiz. Tak tahu kenapa, mungkin kerana cinta buatmu terlalu dalam, Syifaa. Hafiz terpaksa terima hakikat bahawa bukan Hafiz yang bakal memegang erat jemari Syifaa dan tersenyum bahagia di samping Syifaa di atas pelamin yang dihias indah kelak.
            Pergilah sayangku, bermula semula. Semangat cintaku, membara keran dia. Tiada niatku.....

            Sekeping hati ini
            Telah kuserahkan buatmu
            Dari saat bermula
            Detik perkenalan
            Hingga terciptanya
            Perpisahan
            Yang tidak pernah
            Aku bayangkan
            Sambutlah rindu ini sayang
            Semoga mekar kasih terhadapnya
            Bawalah cinta pergi
            Dengan keluhuran
            Seputih salji
            Selamilah hamparan kasih
            Hapus semua gundah

-akan kuintai bahagiamu dari jauh,sayang-


“Macam mana dengan visa? Kad pengenalan? Semua dah ada?” soal Dzil penuh prihatin. Dia memahami sesuatu. Sesungguhnya Hafiz tak mampu untuk berdepan dengan saat-saat yang bakal meruntun hatinya. Sahabatnya ini langsung tidak bersedia untuk berada di Malaysia semasa Syifaa dan Arif disatukan kelak. Dia lebih rela menghabiskan masa di Korea daripada mengahadiri majlis tersebut.

            “Kau jangan bimbang Dzil. Aku dah settlekan semuanya. Dah sampai masanya untuk aku naik flight. Kau jaga diri elok-elok. Aku tahu apa yang sedang aku lakukan, Dzil. Kau jangan lupa bagi hadiah kahwin Syifaa yang aku tinggalkan tu.”

            Dzil mengangguk perlahan.
            “Insyallah, Hafiz.”
            Mereka berpelukan seketika. Dzil menepuk-nepuk belakang Hafiz. Agak lama sebelum melepaskan sahabatnya menuju ke arah balai berlepas.
            “Mana Syifaa ni? Lambatnya! Nak jumpa Hafiz tak?” rungutnya dalam hati.
            Semalam dia memberitahu gadis itu mengenai pemergian Hafiz ke Korea. Dia ingin mereka bertemu sebelum Syifaa mendirikan rumah tangga. Kini, rancangannya tidak menjadi. Dzil duduk di bangku. Lahir keluhan hampa dari mulutnya.

Syifaa merentap pautan jemari Arif. Dia berlari selaju mungkin, mengejar masa untuk menatap wajah yang amat dirinduinya. Setelah puas memujuk Syifaa, Arif terpaksa akur dengan permintaan tunangnya untuk bertemu dengan Hafiz. Jika Arif enggan, Syifaa tak mungkin akan mengahwininya. Meski terpaksa, dia memandu jua ke KLIA semata-mata untuk memenuhi hasrat Syifaa. Jauh di sudut hati, Arif teringin melihat bagaimanakah gerangan Hafiz yang terlalu dipuja oleh Syifaa? Adakah sesegak dirinya?
            Dzil terkejut bukan kepalang melihat kehadiran Syifaa ditemani oleh seorang lelaki kacukan. Dia mengetap bibirnya.
            “Mana Hafiz?” soal Syifaa cemas. Dia mengurut dada.
            Dzil membulatkan mata.
            “Baru sekarang kau sampai? Habislah, Syifaa. Hafiz dah naik flight. Tak tahu bila lagi kau akan jumpa dia lagi,” luah Dzil geram. Dia betul-betul bengang apa lagi setelah melihat wajah sombong Arif. Langsung tiada riak wajah bersalah.
            “Nah,ambik ni. Hafiz bagi.”
Dzil berlalu setelah menyampaikan hadiah perkahwinan itu kepada Syifaa. Tanpa menghiraukan renungan tajam Arif, Syifaa terus membuka bungkusan hadiah tersebut. Sehelai selendang berwarna ungu lembut berserta sekeping kad, ringkas saja tulisannya.
Buat sahabat yang  paling Hafiz sayangi, tunggu kedatangan Hafiz nanti. Hafiz tak nak kempunan nasi minyak Syifaa.
            Air hangat mula bertakung di kolam matanya. Syifaa terhinggut-hinggut menahan nangis. Arif menarik tangan gadis itu. Langkahnya dipercepatkan. Dia mengetap bibirnya. Entah marah ataupun hiba,dia keliru.

“Suprise.” Suara yang menyapanya dari belakang cukup membuatkan Dzil tersenyum lebar. Suara yang begitu dikenalinya.
            “Hei, Hafiz! Awalnya kau balik?” Terus saja Dzil melangkah menghampiri Hafiz sebelum memeluk sahabatnya seerat mungkin.
            “Aku kan Hafiz Farshah, apalah kau ni?” Hafiz tergelak.
            Dzil tersenyum lagi. Masih ada persoalan yang berlegar di fikirannya.
            “Aku akan pergi esok. Janji mesti ditepati. Aku nak tengok Syifaa dan Arif bersama,” ujar Hafiz bersungguh-sungguh.
            Bagai memahami perkara yang mengesak fikiran Dzil, Hafiz terlebih dahulu menjelaskan perkara sebenar. Dzil menepuk bahu Hafiz. Dia lega kerana sahabatnya ini mampu membuat keputusan yang rasional akhirnya. Tiada permusuhan yang mengiringi perpisahan mereka. Inilah Hafiz yang dikenali sejak dulu. Seorang insane yang penuh dengan keikhlasan dan kejutan.

Dzil memandang Hafiz yang masih lena di tempat tidurnya. Pelik! Biasanya Hafiz tak pernah bangun lewat untuk menunaikan solat Subuh. Apatahlagi hari ini merupakan hari yang begitu ingin diraikan oleh Hafiz. Melihat Nur Syifaa Adriana diijabkabulkan dengan Arif Syakir.
            Mungkin Hafiz terlalu letih kerana semalaman mereka berjaga, menghabiskan masa dengan berborak kosong juga bergurau senda. Yang Dzil tahu, dia terlebih dulu dibuai mimpi sementara Hafiz masih duduk di meja belajar. Entah apa yang sahabatnya lakukan pun dia tidak tahu.
            “Aku sayangkan Syifaa lebih dari diri aku sendiri, Dzil. Aku terlalu cintakan dia. Tak mungkin ada pempuan lain yang mampu gantikannya. Lepas ni aku akan pergi jauh tenangkan hati.
            Dzil mengerut dahi. Lain macam je ayat Hafiz?
            “Kau jangan bimbanglah, Dzil. Aku balik Korea semula lepas ni.”
            Terngiang-ngiang suara Hafiz di pendengarannya. Bersungguh-sungguh sahabatnya menyatakan betapa hebat cinta terhadap Nur Syifaa Adriana serta meluahkan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di negara empat musim itu.
            Dzil cuba mengacah-ngacah Hafiz dengan lampu suluh ke muka sahabatnya. Biasanya Hafiz akan terus tersedar bila saja cahaya lampu menyilaukan wajahnya. Mungkin Hafiz tidak mahu menyalah kali ini.
            Dzil tergelak-gelak, namu tiba-tiba jantungnya berdetak laju. Dia mendapatkan Hafiz dan memegang tangan sahabatnya. Terlalu dingin. Hafiz juga tidak menyahut panggilannya apabila dipanggil. Dzil ketar, dia cuba menahan emosi. Dzil mengangkat tangan Hafiz namun jatuh terkulai bila dilepaskan.
            “Tidak! Hafiz! Bangun Hafiz!” Dzil makin cemas. Dia sukar untuk mempercayai apa yang sedang berlaku sekarang. Lantas dia melakukan CPR. Dengan harapan Hafiz akan tersedar daripada pengsan.
            “Hafiz!!!” Laungannya mengejutkan teman-temannya yang tinggal di sekitar blok itu. Dia mendakap Hafiz semahu-mahunya. Dzil sedar itu bukan lagi satu gurauan. Dzil teresak-esak di situ juga. Bahunya terhinggut-hinggut. Pilu menghimpit dadanya. Rakan-rakan lain berusaha untuk menenangkannya.

Syifaa gelisah. Arif dapat melihat kelainan pada raut wajah isterinya. Kebimbangannya jelas terpancar di wajah Syifaa. Dia cuba untuk menenangkan Syifaa. Upacara persandingan bakal berlangsung tidak lama lagi.
            “Syifaa jangan macam ni. Abang tahu, Hafiz mesti sampai sekejap lagi.” Arif memujuk lembut. Dia mengelus lembut bahu isterinya. Walhal dalam hatinya berdegup kencang seperti merasakan sesuatu buruk telah terjadi.

Arifah menahan sebak. Dia berlari keluar dari bilik setelah menerima panggilan telefon dari Dzil. Penuh ketenangan, dia membisikkan sesuatu ke telinga Syifaa. Tanpa dapat menahan emosinya, Syifaa meraung di situ juga. Dia terduduk. Arifah menerpa dan mendakap Syifaa.
            “Kak, Hafiz kak.... Syifaa dah tak dapat juampa Hfiz lagi.” Air mata berjuraian membasahi pipi.
            Tetamu yang hadir saling berpandangan. Ibu bapa kedua-dua mempelai terkejut melihat perlakuan Syifaa. Puan Aisyah tunduk sugul. Rasa bersalah menerpa kalbu kerana menghalang niat baik jejaka itu untuk menyunting anak gadis mereka suatu masa dahulu. Kini, jejaka itu telah meninggal dunia.
            Puaskah hati mereka? Adakah pintu kemaafan masih terbuka buat mereka? Tanpa menghiraukan tetamu yang mula membuat andaian masing-masing, Puan Aisyah memeluk Syifaa dan berusaha menenangkan Syifaa. Badan anak bongsunya diusap-usap.
            “Mama, Hafiz dah tak ada. Syifaa nak jumpa Hafiz. Syifaa rindukan Hafiz. Tolonglah mama.” Tubuhnya terketar-ketar. Suaranya tenggelam dalam esak tangis.
            “Mama mintak maaf sayang, mama yang bersalah.”
            Mendengar ucapan zahir dari ibunya, semakin dera air mata membasahi pipi.
“Syifaa langsung tak salahkan mama. Ini semua takdir. Kita kena terima.”
Arif masih terpinga-pinga. Arifah menghampirinya dan menyatakan sesuatu yang cukup membuatkan dia terpana. Dadanya berombak kencang.
Syifaa memandang Arif mengharapkan pengertian. Setelah mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh kakak iparnya, Arif memaut tangan Syifaa. Dia bergegas membawa Syifaa ke rumah Dzil, tempat jenazah Hafiz disempurnakan. Setibanya di rumah Dzil, mereka hanya dapat melihat jenazah Hafiz telah diusung menuju ke tanah perkuburan.
Pandangan Syifaa kelam. Dia lemah untuk berpijak. Arif merangkul tubuh isterinya. Arif mengelap wajah isterinya dengan air suam untuk mendatangkan kelegaan buat Syifaa setelah sedar nanti. Syifaa membuka matanya yang sejak tadi terpejam rapat. Kepalanya agak berat. Arif memangku kepala isterinya dan menyandarkan bantal pada kepada katil. Dia mahukan yang terbaik untuk Syifaa lebih-lebih lagi dalam keadaan Syifaa yang begitu tertekan. Seraut wajah Syifaa diperhati sayu. Syifaa membalas renungan itu dengan mata yang berkaca.
“Abang, Syifaa minta maaf. Syifaa takkan sakiti hati abang, Syifaa akan layan abang seadilnya. Tapi tolong jangan paksa Syifaa untuk melupakan Hafiz dalam masa terdekat ini. Syifaa tak mampu. Syifaa mengharapkansokongan dari abang.”
Arif meletakkan jari telunjuknya ke bibir Syifaa. Dia amat mengerti. Dia tidak akan menjadi sekejam itu untuk mendera perasaan Syifaa. Dan mula detik ini, dia mengagumi insan bernama Hafiz Farshah. Dia menarik Syifaa dalam pelukannya.
“Sayang, abang faham. Abang akan sokong Syifaa selagi abang bernafas. Syifaa tak salah apa-apa pun dengan abang. Abang patut minta maaf. Abang minta maaf ye, sayang.”
Syifaa tak mampu bersuara. Rasa hatinya kala itu hanya mampu diluahkan dengan air mata. Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Syifaa tersentak. Namun digagah jua untuk menjawab panggilan. Usah diharapkan lagi suara Hafiz yang akan menemani hari-harinya.
“Assalamualaikum, Syifaa. Aku nak jumpa esok. Ada sesuatu yang aku nak tunjuk.”
Syifaa mengiakan permintaan Dzil. Setelah menjelaskan perkara sebenar, Arif mengizinkan mereka bertemu malah dia ingin sekali bertemu dengan Dzil yang setia pada persahabatan.

Dzil mengenyeh-genyeh matanya yang masih mengantuk. Dalam mamai dia mendengar deringan telefon Hafiz. Ya Allah! Siapa lagi yang menghubungi setelah mengetahui tuan punya sudah tiada di dunia ini. Dengan langkah longlai, Dzil mencapai telefon tersebut.
            “Assalamualaikum, Encik Hafiz. Saya Doktor Asmadi. Sila dating ke hospital untuk mengambil laporan perubatan encik.”
            Dada Dzil berombak kencang.
“Oh! Iya, pukul berapa tu doktor?” soal Dzil dalam nada tegang.
“Dalam pukul 10.00 pagi ya, encik.”
Dzil menarik nafas sebaik mungkin.
“Baiklah, doktor.” Tanpa melengahkan masa bergegas ke bilik air. Kemudiannya, menelefon Syifaa untuk menukar lokasi pertemuannya.

Syifaa mengetap bibir. Arif memeluk bahu isterinya. Dzil menanti dengan penuh debar. Doctor Asmadi akan menunjukkan keputusan laporan perubatan arwah Hafiz.
            “Silakan masuk.” Doktor muda itu mempersilakan mereka bertiga masuk.
            “Saya mengucapkan takziah atas pemergian Encik Hafiz. Sebenarnya dalam laporan perubatan ini, kami mendapati Encik Hafiz menghidap penyakit barah otak peringkat akhir. Saya belum sempat menemuinya untuk memberi rawatan susulan. Namun, Allah lebih sayangkan Encik Hafiz. Simpanlah laporan ini. Tabahkan hati.” Doktor Asmadi menepuk bahu Dzil. Mereka berjabat tangan sebelum keluar dari bilik tersebut.
            Dzil dan Arif membuang pandangan ke arah Syifaa. Kedua-duanya menyangka Syifaa akan menangis lagi, namun ternyata jangkaan mereka silap. Syifaa kelihatan sangat tenang. Dzil membawa pasangan pengantin baru itu ke Starbucks Coffee berhampiran. Dia pasti, mereka memerlukan ketenangan ekoran gelodak rasa yang melanda jiwa.
            “Syifaa, aku nak sampaikan amanat terakhir arwah Hafiz. Diari ini dan semua barang-barang Hafiz, kau yang paling layak untuk simpan. Lagipun, banyak kenangan antara kamu berdua dalam diari ini. Emmm..... ini surat yang Hafiz tinggalkan untuk kita. Dia tulis pada malam sebelum dia pergi. Kau bacalah.” Dzil terus berlalu. Tidak mahu melihat air mata Syifaa jatuh lagi.

Arif tenang memandu. Syifaa memegang erat kotak Donald Duck yang berisi barang-barang peninggalan arwah Hafiz. Sampai sahaja di rumah, Syifaa berlari naik tangga. Dia mahu masuk bilik secepat mungkin.

            Ke hadapan insan-insan yang paling bererti dalam hidupku,
            Hafiz bersyukur dipertemukan dengan kamu berdua. Dalam hidup ini, tak mungkin kita dapat ramal apa yang bakal berlaku. Hafiz amat menyayangi kalian.
            Dzil, aku bertuah dapat sahabat karib macam kau. Tiada yang lain aku harapkan, semoga kau Berjaya mengecapi apa yang kau idamkan selama ini. Realisasikanlah impian kita bersama yang belum tentu kita kecapi kelak. Aku akan tunggu saat itu, Dzil. Aku yakin kau akan menunaikan hasrat aku nanti.
            Syifaa, Hafiz gembira sebab Syifaa tunaikan janji untuk mengahwini Arif. Hafiz bangga sangat sebab Syifaa tak hampakan niat ibu bapa Syifaa semata-mata sebab Hafiz. Terimalah Arif seadanya. Tiada siapa yang betul dan salah dalam hal ini. Hanya Dia yang berkuasa dan Dialah yang menentukan setiap perjalanan hidup kita di muka bumi ini Syifaa. Terimalah hakikat yang antara kita sememangnya tiada jodoh.
            Syifaa, lepas ni Hafiz akan pergi menyambung pelajaran ke Korea. Entah bila kita akan bertemu lagi saying. Ingatlah, syurga di bawah tapak kaki suami. Taatilah Arif seadanya, Syifaa. Akan kuintai bahagiamu dari jauh, sayang.
Penuh kasih sayang,
            ~Hafiz Farshah~  

Membulat mata Syifaa membaca kata-kata dari kertas yang terselit pada diari arwah Hafiz. Syifaa menahan air mata dari mengalir ke pipi. Dia beristighfar panjang. Arif hanya mampu memandang gelagat isterinya. Untuk menyampuk, dia tidak tahu hendak berkata apa.
“Abang, kita pergi Korea?” usul Syifaa dalam keadaan sebak sambil menggenggam erat tangan suaminya.
Ariff mendakap isterinya lantas mengucup dahi isterinya. Inilah langkah terbaik untuk isteri kesayangannya, menenangkan diri seketika.

Syifaa mencabut lalang yang tumbuh meliar di tanah perkuburan itu. Dia memegang erat jemari si kecil yang terkebil-kebil melihat tingkahnya.
            “Hafiz tunggu sekejap ye sayang. Ibu dan papa nak temankan Pak Cik Hafiz. Dah lama ibu tak jumpa Pak Cik Hafiz.,” luah Syifaa pada anaknya, Hafiz Farshah bin Arif Syakir yang berusia setahun itu. Dia mengucup dahi anak itu dengan penuh kasih.
            Arif memeluk erat bahu isterinya.
            “Cuaca hari ini sungguh baik, insyallah segalanya akan berjalan dengan lancar.” Seketika kemudian dia membentangkan tikar.
            “Abang, tolak tikar ke sini sikit,” ujar Syifaa dengan lembut.
            Arif tersenyum. Dia bersedia untuk membaca surah Yasin buat arwah Hafiz. Setelah menyedekahkan ayat-ayat suci buat arwah, mereka menjirus air mawar di atas pusara Hafiz. Moga-moga sedekah mereka dapat mendamaikan Hafiz di sana, insyallah.............


           
 
  

           

keRINDUan yang abadi...


Pabila termenungnya diriku...
aku cuma teringatkan DIA.....
sjujurnya,aku terlalu merindui dan menyayangi DIA.....
kerana ku cuma memiliki DIA dari dulu,kini dan sehingga penghujung nafasku.....
rindu ku padaNYA ada kalanya tidak dapat diselindungkan lagi sehingga aku hanya mampu mengalirkan air mata ini.....

Di kala aku memeluk Al-Quran,
tasbih ditanganku,
di atas sejadah yang menghadap ke kiblatMU...
aku begitu sebak kerana aku sedar....
diriku teramat kurang kesempurnaan.... 
YA ALLAH..aku merinduiMU YA TUHANKU....

Aku sedar...
aku hanya insan yang lemah dan teramatlah hina yang penuh digelubungi dosa di waktu hidupku..
YA ALLAH...
Jika sudah tiba masanya kau mencabut nyawaku dari jasad
izinkanlah dahulu aku menadah tangan meminta taubat dariMU Yang Maha Esa....