salam

Monday 19 December 2011

♥ ♥ ♥ Siapakah IMAM ku ??? ♥ ♥ ♥

Bismillahirrahmanirrahim......

IMAMKU....
Siapa dirimu tidak ku tahu,
Walau dimana keberadaan mu,
hanya satu yang aku mahu,
Sudikah dirimu menjadi imamku...?

 

IMAMKU....
Tidak ku minta segunung permata,
tidak ku mahu berlian di mata,
cukuplah hanya imanmu didada,
untuk membawaku ke syurga bahagia...


IMAMKU....
Ingin ku titip sedikit ingatan,
supaya dapat dibuat pedoman,
Jadikan Al-Qu'an sebagai teman,supaya kelak menjadi haluan...


IMAMKU...
Aku bukan sehebat Khadijah,
bukan juga setabah Sarah,
tidak pula sekental Sumayyah,
Namun hati mahu setia seperti Fatimah...


IMAMKU...
Tidak ku pinta putera kayangan,
bukan pula Raja hartawan,
hanya satu menjadi kemahuan,
cukuplah AGAMA menjadi Landasan...


Rasulullah SAW bersabda maksudnya;

"Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya, Janganlah kamu nikahi wanita karena hartanya,boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu. Sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama,itu adalah lebih baik bagimu,"[Riwayat Abdullah ibn Humaid]....

Thursday 15 December 2011

SEMANIS ukhwahfillah, uhibbukifillah

Saya sentiasa mencari makna “ukhuwahfillah”, yang bermaksud “ukhuwah kerana Allah”, dan “uhibbukifillah”, bermaksud “saya sayang kamu kerana Allah”. Tahun lepas sahaja, berpuluh-puluh kali kakak-kakak dan sahabat-sahabat mengungkapkan perkataan itu kepada saya. Secara jujurnya, ada antara perkataan yang diucapkan itu betul-betul menyentuh hati, dan ada juga yang hanya sekadar dibawa angin. Tetapi, apa yang pasti, saya sangat yakin sesuatu ungkapan itu, jika diungkapkan dari hati, ianya pasti menyentuh hati si penerima!

Ada yang mengeluarkan perkataan ’ukhuwahfillah’, tetapi ianya hanya terungkap apabila masing-masing berada dalam kumpulan yang sama. Apabila sahabat ini bukan lagi dalam kumpulan yang sama, hilang sudah ungkapan ‘ukhuwahfillah’ itu. Ada pula ‘uhibbukifillah’ ketika dalam keadaan masing-masing tengah gembira. Apabila sahabat itu bersedih, ‘uhibbukifillah’ itu menjadi suram, sesuram muka sahabat yang sedang bersedih. Semua ini saya perhatikan, langsung terlintas di fikiran saya, “Betul ke ini sebenarnya “ukhuwahfillah”, “uhibbukifillah”?
Tipu!”

Dek kerana pengalaman yang banyak mengajar, sukar untuk saya melafazkan ungkapan ‘uhibbukifillah’, ‘ukhuwahfillah’ itu. Kerana, saya bimbang diri sendiri terjerat oleh lidah yang lancar menuturkan kata-kata. Kata-kata yang keluar tanpa disertakan dengan roh “..kerana Allah Ta’ala” itu. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sayang pada sahabat-sahabat sekeliling, cuma saya mahu berhati-hati dalam perkataan yang dikeluarkan. Kelak,lidah ini yang akan disoal oleh Allah SWT, sejauh mana diri ini ‘walk the talk’.

Perkataan “…kerana Allah” itu sendiri membuatkan saya bermonolog dalaman. “Berat tu…sebab ianya ‘kerana Allah Ta’ala’…”. Kemudian, saya bertanya kepada diri, “Kenapa kau kata berat?”. Diri menjawab,“Sebab kadang-kadang kita lupa apa yang kita buat tu perlulah di niatkan ‘kerana Allah Ta’ala’..”. Melihat sahabat membuat kesalahan, hati terkadang takut untuk menegur, kerana? Mahu jaga hati. Saya terfikir, “Tak boleh ke sambil jaga hati tu, sambil tu kita jaga juga sahabat kita daripada melakukan sesuatu yang dilarang Allah?”..”Boleh! Cuma perlu lebih mujahadah. Yakin pada pertolongan Allah SWT!”

Apa yang saya faham dengan frasa “
…kerana Allah Ta’ala” tersebut? Saya selalu berfikir tentang frasa tersebut. Saya berpegang pada satu jawapan, “Melakukan sesuatu kerana Allah Ta’ala itu adalah, apabila anda melakukannya, ianya mendapat ganjaran pahala, redha dan keberkatan-Nya.” Itu yang saya pegang.

Macam mana tu?

Masa berjalan, dan semestinya hidup manusia ini penuh dengan ujian dan cabaran. Disebut oleh-Nya dalam Al-Quran, pada
Surah Al-Mulk, ayat 2,

“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun,”
Sepanjang tahun ini, saya dapat merasakan hampir setiap minggu, Allah SWT menunjukkan kepada saya, apa dan bagaimana “ukhuwahfillah” dan “uhibbukifillah” itu sebenarnya.

Satu hari saya dan sahabat bergurau. Mungkin pada masa itu, saya tidak sensitif dengan keadaan semasa sahabat ini, tanpa sedar, saya telah memerli sahabat ini. Niat saya tidak lebih, hanya untuk bergurau. Tapi mungkin tidak kena tempat. Kemudian, sahabat ini berkecil hati. Dia tidak memberitahu kepada saya yang dia berkecil hati, tetapi, saya sendiri dapat mengagak daripada tingkah laku dan perbuatannya. Sebagai sahabat, sudah pasti saya terasa bersalah. Sungguh, terasa sangat kekok. Kami yang selama ini rapat, tiba-tiba selepas perkara itu, intonasi percakapan menjadi tegas dan tidak lagi mudah untuk bergurau.

Saya mula bersangka-sangka. Astaghfirullahal’azim. Langsung, peringatan daripada Allah SWT tiba,


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al-Hujarat , ayat 12)
Terdetik di dalam hati saya, “Allah SWT sedang menguji sejauh mana dahulunya kau kata pada dia, ‘uhibbukifillah’! Zahirkannya sekarang. Jangan hanya pandai bermain dengan kata-kata, menyedapkan bicara, hakikatnya, fitnah semata.”
Abah pernah berpesan, “Hidup kat dunia ni, kalau sombong dan berlagak, sampai bila-bila orang tak suka.”Jadi, saya jadikan itu sebagai peringatan kepada diri. Lagipun tak salah untuk kita memulakan perbicaraan, mencari titik penyelesaian kepada permasalahan. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mengingatkan diri,“Tegur kerana kau sayangkan sahabat kau, kerana Allah SWT! Jadi, teguran tu kenalah keluar dari hati yang betul-betul ikhlas, untuk membetulkan kesalahan. Bukannya teguran memerli yang akhirnya akan menimbulkan kebencian di hati sahabat.”

Ukhuwahfillah, disandarkan kerana Allah SWT. Pada saya sesuatu yang disandarkan pada Allah SWT itu adalah suatu yang suci, jauh daripada noda dosa. Sekaligus, ia sebenarnya adalah sejauh mana kita mahu bersama-sama sahabat kita dalam mencapai redha Allah SWT, yang akhirnya syurga Allah menjadi tempat tujuan bersama.

--------------------------------------------------

Bagaimana saya terinspirasi tentang ukhuwahfillah, uhibbukifillah ini?

Satu hari, seorang wanita berbangsa Jerman, penganut agama Kristian. Dia berkata,
“Saya sedih melihat sahabat saya yang tiada agama (atheist). Saya nak mereka tahu tentang kewujudan Tuhan. Saya nak mereka sama-sama masuk syurga!”

Allahuakbar! Saya terdiam mendengar kata-kata itu, langsung memuhasabah diri, sejauh mana saya berusaha untuk bersama-sama rakan-rakan saya, dalam menuju syurga Allah? Sedangkan saya kata, saya sayang mereka kerana Allah.

Alhamdulillah, daripada Allah SWT juga segalanya!

Tuesday 15 November 2011

....sanah helwah.....

15 November bersamaan 26 Rabiulakhir tahun 1411....
dan hari ini 15 November bersamaan 19 Zulhijjah tahun 1432....
genaplah aku berusia yang ditentukan pada tarikh tersebut...
siapa sangka masih lagi dikurniakan nyawa sehingga saat ini...
namun aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur hingga saat ini...

Untuk abah dan mama...
terima kasih tak terhingga..
kerana menjaga anakmu ini...
hingga pandai mengenal alif ba ta,ABC,123...
hingga pandai hidup berdikari sebegini...
saat ini juga untuk abah dan mama,
ingin meminta maaf semaaf-maafnya...
dari hujung rambut hingga hujung kaki...
halalkan segala makan minum yang diberikan...
sesungguhnya budi baik kalian...
tidak terbalas seperti yang kalian korbankan...


Untuk abang,achik,ateh & adik...
kukuhkanlah ukhwah antara kita...
jalinkan persaudaraan antara kita tanpa pertelingkahan....
tanamkan dalam jiwa kita...
sentiasa beringat pada orang yang telah membesarkan kita...
sentiasa beringat baik buruk untuk diri & keluarga...
juga tidak lupa pada abah,mama & Allah swt...
pada setiap perlakuan kita di dunia mahupun di akhirat...
yang sentiasa mengawasi kita dari jauh....

Untuk yang bergelar sahabat...
terima kasih untuk setiap pertolongan yang dihulur...
sepanjang perjuangan kita bersama..
dihulur 1001 kemaafan
sekira adanya tersalah bicara,terkasar perbuatan
yang membuat kalian terguris di hati atas perlakuan diri...
moga tali persahabatan kita tetap kukuh..
walaupun kita berada di pelbagai simpang kehidupan...


Untuk yang tersayang...
juga bakal zauj untuk diri ini...
terima kasih kerana
sudi menyayangi & merindui diri ini...
sudi menyedarkan diri ini tentang dunia & akhirat...
di pohon ampun maaf...
kira adanya silap salah tanpa sedar...
moga dari tulang rusuk kamu lah...
aku dijadikan...
doakanlah kebahagiaan antara kita...
juga diberkati Allah swt di jalan yang lurus...


Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kita semua...
doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkah
demi meraih keredhaanNya...

Wednesday 26 October 2011

...MukminaH...

Alangkah indahnya kulihat,
berjalan seorang muslimah mukminah,
dengan wajah yang ditutupi niqab,
dia berjalan dengan penuh tawadhu',
langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah,
yang tenang,yakin,berwibawa,penuh dengan semangat seorang mujahidah.

Di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa,
bukan getaran nafsu namun getaran keinsafan,
untuk mengenali ALLAH dengan lebih dekat,
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya,
dengan mengingati Yang Maha Esa.

Ada seulas bibir yang merah bak delima,
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah,
ada sepasang mata yang redup,
yang cukup terjaga dari pandangan maksiat,
setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya,
yang lembut dalam tegas.

Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya,
yang lahir dari hati nurani yang ikhlas kerana DIA,
tidak terkeluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,
melainkan hikmah,haq,serta kata-kata mutiara ukhuwwah.

Hanya dengan melihat pada perwatakannya,
sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari pengingati ALLAH,
agar segera berfikir tentang-Nya.

Wednesday 24 August 2011

.....MACAM-MACAM ADA......


Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

‎(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang



HIKAYAT SEBUAH CINTA~~

Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…

Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…

Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…

Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…
Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHURABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…

Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI 
Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…